Followers Remaja Purba

Friday, April 30, 2010

yeye balik kampung

Andai tiada aral melintang menegak, malam ni balik kampung, tak sabar rasanya hatiku ini. Dah lama sangat tak balik kampung sampaikan bapak sedara call tanya kenapa dah lama sangat tak balik kampung. Takdelah mengharap sebab takut tak jadi walaupun dalam hati tak sabar nak balik kampung.

Tuesday, April 27, 2010

PPUM lagi

Pagi tadi bawa ammar ke Bahagian Pemulihan Anggota Badan, PPUM jumpa Lily. Kali ni mood ammar agak kurang baik sebab dari rumah lagi dia dah meragam, kuat merajuk mengalahkn perempuan.

Takde info yang menarik nak share sebab masih rutin yang sama kalau pergi jumpa Lily cuma dia dapat main mainan baru, aku pun turut suka.


Next appointment will be on 27 May 2010

Monday, April 19, 2010

Funfair

17 APRIL 2010 (Sabtu)

Kitorang singgah fun fair di Klang Sentral, lepaskan hajat anak-anak nak main sebab diorang teruja tengok lampu lip lap setiap kali lalu balik rumah.



Gayat aku naik menda yang tak berapa tinggi ni


temankan anak-anak, takut jatuh, safety first.


Disebabkan keletihan pagi tadi main futsal dan hubby pulak baru balik kerja, takdelah lama dekat situ, kalau lama-lama mahu pokai dibuatnya melayan kerenah anak-anak.

Saturday, April 17, 2010

game FUTSAL

Pagi tadi berlangsungnya game futsal antara kumpulan di tempat kerja aku. Kira berbaloi sebab team aku menang - SPONGEBOB menang (wakil perempuan).

gambar akan diupload kemudian.


Baca:
Aku seronok dapat main kali ni sebab kali pertama dulu aku tengah sarat, kali kedua aku dalam pantang dan yang ini akhirnya dan terima kasih kepada pengasuh sebab sanggup jaga anak-anak aku dihujung minggu.

Baca juga:
Pancit de takde stamina main, dengan berat badan dah bertambah.


Akhir skali, maklumat terkini: team lelaki turut menang.

TAHNIAH UNTUK KITA SEMUA - SPONGEBOB.


========================================================================


TERKINI:

Panic

16 APRIL 2010 (Jumaat)

Malam: Lokasi di rumah.

Sedang aku nak mandi, tiba-tiba aku dengar ammar menangis (terus teringat kisah masa ammar kena air panas dulu), dengan suara tangisan sakit aku buka pintu, dia terus terpa menangis terbaring atas tilam sambil pegang telinga.

Mula-mula aku tak perasan tapi bila aku tengok dia semacam terus aku check telinga dia, ya Allah! Ada putik kapas. Apalagi paniklah aku dan sempat aku bebel kat kakak Irah (patutnya aku marah hubby sebab dia careless letak merata-rata, aku pun tak perasan sebab biasanya lepas guna hubby terus dalam tong sampah) - anak-anak tak pernah berpeluang nak guna benda tu.

Ammar meronta-ronta tapi aku dapat keluarkan putik kapas tu, tengok pula kat putih tu penuh darah dan ammar masih meronta-ronta sakit + melangis, darah pun ada menitik atas tilam walaupun tak banyak.

Apa aku nak buat ni? Hubby on the way ke JB, dalam panik tu aku masih sempat call Poliklinik An-Nisa, syukur belum tutup dan doc. masih ada di klinik dan lagi bernasib baik aku ada simpan no. telefon klinik tu. Bersyukur sangat-sangat.

Capai apa yang sempat. Dua-dua menangis, sorang menangis sakit, sorang menangis sebab kena pukul-pukul sayang.

Doctor di Klinik memang dah standby, aku je yang panik lebih. Doc check keadaan dalam telinga ammar. Takde pape cuma luka di bahagian dinding telinga, darah pun dah berhenti, cuma jangan bagi masukkan air @ apa-apa dalam telinga ammar untuk seminggu dua ni dan doc bagi ubat titik untuk telinga serta antibiotik.

Hubby call tanya gegendang telinga anak ok tak? Ammar ok takde pape, kakak pun tak menangis dah. Dua-dua dah ok.


Itulah cerita malam tadi.

Tuesday, April 6, 2010

MPK dan KL Drift

05 APRIL 2010 (Isnin)

Pagi:
Memandangkan hubby cuti panjang jadi aku ambil kesempatan untuk clearkan beberapa perkara yang asyik tertangguh.

Lepas uruskan anak-anak, kitorang ke Pejabat Tanah dan Daerah Klang serta MPK untuk clearkan beberapa perkara berkenaan rumah.

Sempat lagi aku pujuk hubby tengok wayang Evolusi KL Drift. hubby sebenarnya malas nak tengok wayang (baca: malas nak layan kerenah aku sebenarnya). Puas pujuk akhirnya dapat juga aku tengok dan cerita tu pun agak menarik.


perkara yang agak lama kitorang tak buat


Esok kerja.

Johor Bahru

02 April 2010 (Jumaat)

Pada awalnya aku malas nak pergi tapi hubby yang bersungguh-sungguh mengajak aku ke Johor Bahru. Anak-anak paling gembira.


dari PJ



Ini gambar kemalangan masa on the way ke JB dan sepanjang perjalanan pergi dan balik ada beberapa kemalangan aku dapat saksikan (kebetulan hujan).


Kakak masih segar walaupun tak cukup tidur, yang si adik tidur lena. Aku pula kejap nak makan itu kejap nak makan ini - lapar memanjang.


03 April 2010 (Sabtu)


Plaza tol Skudai


Perjalanan balik - Sungai Muar


Akhirnya selamat sampai kat tempat kerja hubby pukul 6 pm, letihnya.


Malam:
Singgah pasar malam kat Puncak Alam, masih dalam keadaan hujan. Lepas tu tak fikir apa dah, letih sangat-sangat.

Friday, April 2, 2010

Jamuan Perpisahan Bos

02 APRIL 2010 (Jumaat)

Tengahari buat jamuan perpisahan bos nak cuti panjang ke NZ 12hb. ni.


Pengarah Bahagian baru (belum sebulan kerja) bersama ex-bos.



BKAB


Lunch time - beli buku di MPH Subang Parade.


Nota:
Hubby offer nak ikut tak ke JB? tengah fikirlah ni.

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...