Followers Remaja Purba

Tuesday, December 29, 2009

Semalam

28 DISEMBER 2009

Pagi:
Hari ni aku bawa ammar pergi medical check up di Klinik Surgeri, PPUM. Wahida temankan aku memandangkan hubby kerja.


Petang:
Service aircond kereta.

Malam:
Kat rumah - Meru

Medan Muara Ikan Bakar – Tanjung Harapan

25 DISEMBER 2009 (Jumaat)

Malam:
Hubby pesan malam ni kita makan kat luar. Patutlah nak makan kat luar, rupa-rupanya balik dengan Botak Pak Itam.


Destinasi: Medan Muara Ikan Bakar, Tanjung Harapan, dekat je dengan rumah, sampai sana pun dah lewat, dekat tengah malam jadi tak banyak dah pilihan yang ada, agaknya ramai yang nak sambut krismas.



muka bosan tunggu makanan sampai.



sorang satu air kelapa, elak dari bergaduh.



menu yang telah habis di'ratah' oleh kami berlima.


Sebelum balik:


aksi adik


Si kakak yang rambang mata


Lepas hantar Botak Pak Itam, terus balik Meru.

Monday, December 21, 2009

Bola Tampar + Stadium Malawati, Shah Alam + Kota Kemuning

19 DISEMBER 2009 (Sabtu)


Pagi:
Ada game bola tampar pagi ni dan aku yang tak pernah mewakili mana-mana pasukan sebelum ni, kali ni aku tawarkan diri sebab kekurangan pemain kumpulan.

Sempatlah habis game sebelum hujan. Lepas ambil anak-anak di rumah pengasuh, aku singgah sekejap di rumah mak aku. Tak lama lepas tu hubby call minta ambil dia kat tempat kerja.

On the way balik rumah singgah di Shah Alam, saja nak cuci mata dan tak sangka ada Karnival Selangor Ria 2009 – Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Selangor yang dirasmikan oleh Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Selangor pada 20 Disember 2009. Karnival ni sampai 27 Disember.

Penat nak cerita, tengok jelah.


Di Sinilah Karnivalnya


'kandang' arnab



Aku ajar macam mana nak pegang arnab dengan betul, kakak pegang macam nak peluk kucing. Adik main tarik telinga dia.


kandang kambing, kambing tu lagi besar dari anak-anakku.



kakak teruja naik kuda, ammar takut-takut.


Malam:
Hubby ajak pergi Kolam Memancing Udang dekat Kota Kemuning, Shah Alam. Kuturutkan jua memandangkan esok cuti. Kakak Irah excited nak makan udang (hantu udang dia ni).


seronok juga.


Inilah kembar hubby, nasib baik dia datang tepat masanya, boleh tengok jagakan si ammar yang boleh tahan lasaknya.


Lewat malam baru balik, itupun aku dan anak-anak sampai tertidur dalam kereta tapi hubby masih di kolam memancing. Aku tak minat tapi dah hubby ajak takkan nak hampakan.

Wednesday, December 9, 2009

Semalam di PPUM

08 DISEMBER 2009 (Selasa)

Petang:
Temujanji di kat Klinik ENT, PPUM pukul 3 pm, tunggu giliran dekat sejam dan ammar pun tak meragam sangat.

Setiap 6 bulan kena bawa ammar ke Klinik ENT ni untuk check up berkala. Ini kali kedua aku bawa dia, kalau dia kerap batuk dan selesema tapi sejak lepas operate tangan hari tu, dia dah jarang selesema, antaranya pemakanan dia kitorang kawal sikit walaupun kadang-kadang tak terkawal.


Banyak juga soalan yang aku ajukan kepada Doctor bertugas berkaitan tonsil ammar. Doc bagitau tonsil ammar masih besar dan kalau ada tanda-tanda pada ammar yang nampak teruk + kronik memang akan dibedah.
Antaranya:
bila tidur berdengkur kuat, tiba-tiba tersedar nafas terhenti sendiri, kurang selera makan, pasif, kerap tak sihat. (dalam kes ammar dia setakat ni dia cuma tidur berdengkur kuat tapi takdelah sampai terhenti pernafasan dia).

Doc. bagi preskripsi ubat yang kena beli untuk ammar, kena beli di luar sebab di PPUM takde jual ubat tu dan temujanji ammar seterusnya pada 08 Jun 2010 nanti (6 bulan dari sekarang).

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...