Followers Remaja Purba

Monday, September 28, 2009

terima tetamu…

26 SEPTEMBER 2009 (Sabtu)

Semalam aku request pada hubby buat rendang ayam dan jemputlah botak pak itam datang rumah dan kebetulan pula k.yanz call dia on the way nak tengok rumah dia yang baru beli Meru, nanti singgahlah rumah ye.

Tengahari:
Masa nak cari bahan untuk masak rendang, k.Yanz call dia dah smpai kat rumah dia, aku minta hubby singgah kejap.




Sekejap je pun, kitorang pun balik sebab nak masak, kakak Irah pulak nak ikut k.Yanz, takpelah nanti akak hantar, dah alang-alang ni nanti akak singgah.

Petang:
Botak pak itam & wife datang beraya, lewat petang hubby dan ammar tidur.

Friday, September 25, 2009

Balutan tangan dah dibuka sepenuhnya - lega

25 SEPTEMBER 2009 (Jumaat)

PAGI
Sampai PPUM pukul 9.30, tak lama lepas tu doc Margaret & team pun sampai. Kali pertama ammar tak menangis menjerit masa buka balutan tangan dia, mungkin juga sebab Lily ada kut - doc Margaret cakap.

Doc Margaret bagi tarikh appointment baru untuk check up kat Klinik Surgeri lagi 2 minggu, kemudian kami ke Bahagian Pemulihan anggota badan untuk Lily check & ambil ukuran nak buat glove baru.


walaupun balutan tangan ammar dah dibuka sepenuhnya tapi jelas ketara lasaknya dia, masa menunggu nak dapatkan time slip, tapi dia belum berani lagi nak gunakan tangan kanan dia. Lega semua urusan selesai cepat dan takdelah masuk office lambat sangat.

Thursday, September 24, 2009

RAYA KE-3 - ‘raya di PPUM’ & Semenyih


22 SEPTEMBER 2009 (Selasa)

PAGI
Dah nak sampai ke PPUM baru perasan kad biru ammar tertinggal. Nak patah balik jauh. Jadi leceh sikitlah bila kad biru tu takde tapi kira bernasib baik boleh bertolak ansur dengan pihak hospital dan diorang call plastic team dan ok boleh buat dressing, di tempat yang sama Trauma & Kecemasan.

Cadang lepas nak settle di PPUM, nak pergi telaga cuci baju tapi tak tukar duit, akhirnya tukar plan terus ke rumah pakcu di Semenyih.

Sempat singgah makan sate Kajang, masing-masing tak berapa nak makan sangat sebab letih semalam belum hilang ditambah lagi pagi-pagi dah ke PPUM. Anaka-anak pun kurang selera nak makan.




THARI/PTG
Masa kat rumah pakcu, hubby ajak ke rumah Eman dekat Beranang, raya kali ni banyak pertanyaan berkenaan tangan ammar yang berbalut. Aku rasa macam nak rakam dan dengarkan pada mereka yang bertanya.


KEM Millenium, Kg Kuala Pajam Beranang dekat rumah family Eman


Lepas makan mangga, baru makan kuih raya bersulamkan air


Adik yang baru bangun tidur


Lewat petang balik rumah pakcu sebab malam ni kitorang tidur sama. Malam takde aktiviti menarik selain dari pakcu yang sibuk dengan buluh lemang untuk bakar lemang.



macam tv kat rumah Meru pulak si ammar buat


kakak Irah yang leka main sampai lewat malam, aku dah lena tapi dia masih lagi leka main


=====================================================

Balik Meru - esok kerja

23 SEPTEMBER 2009 (Rabu)

Petang:
Balik dari rumah pakcu, singgah telaga basuh baju.


di sinilah aku selalu cuci baju - 'telaga'ku

RAYA KE-2 - jalan raya

21 SEPTEMBER 2009 (Isnin)

PAGI
Pukul 10 am kitorang pergi ke rumah pengasuh di Tanjung Bidara, tak jauh dari rumah makBusu. Lama jugalah kitorang di sana. Leka berborak tak perasankan kakak Irah takde, dah lebih setengah jam baru perasan kakak Irah takde, rupa-rupanya dengan penuh selamba dan muka tak bersalah kakak Irah masuk. ibu kakak kat umah sebelah tu main dengan kawan. Hubby dah mula nak start enjin kereta nak cari.


THARI/PTG
Sempatlah kakak Irah mandi, ammar pulak puas tidur. Bangun tidur merengek minta didukung pastu tak nak mandi.

Lepas tu sempatlah singgah rumah member hubby kat Pengkalan Balak, kemudian ke rumah nenek sebelah ayah aku dekat Alor Gajah. Sempat merasa asam pedas. Tak boleh banyak-banyak sangat sebab nak kena balik Meru hari ni sebab esok dah nak kena pergi PPUM.


PTG/MLM
Sampai rumah pukul 9 pm, letih.

Picture raya kerenah anak-anak

Gambar dari pagi raya sampailah nak masuk raya kedua - dari KL ke Kampung.



tiap kali balik kampung time raya mesti singgah beli KFC kat tol Sungai Besi.


Ammar yang tak sabar nak makan.


kakak tidur keletihan, nak kata kenyang, bukan makan sangat pun, leka main.


Akhirnya ammar pun tidur tapi ni sebenarnya bersambung dari dalam kereta lagi, terus masukkn dalam buai kat rumah paklong, lagi lena dia tidur.


hubby yang penat memandu dari rumah


anak-anak tidur on the way to rumah mak busu di Masjid Tanah, lena sampai ke pagi, penat main petang tadi.


Anak bongsu mak busuku merangkap adik sepupuku, Setahun lebih umur dia, nama Insyirah.


Tapi aku terlupa nak ambil gambar adik sepupuku yang baru lahir hari tu, nama dia Muhammad Amirul Azwan, anak pakcu aku kat Semenyih, Azwan nih adik sepupuku yang paling kecik sekali. Gambar aku n family pun tak ambil lagi.

1 SYAWAL - Birthday kakak Irah

20 SEPTEMBER 2009 (Ahad)

PAGI:
Pukul 6 am aku dah bangun mengemas apa yang patut. Anak-anakku bangun terus tengok tv, kartun jelah, pujuk suruh mandi pun tak nak, bila tayang baju raya barulah laju nak mandi, excitedlah tu. Lepas dah siap kitorang pergi rumah mak di P.J barulah balik kampung di Selatan.

Bangun pagi tadi aku kejutkan kakak Irah wish kat dia - HAPPY BIRTHDAY TO YOU, Moga panjang umur murah rezeki. Aku pesan pada dia nanti cakap kat semua orang hari ni birthday kakak tau. Yelah katanya. Pastu dia dok tanya bila nak beli kek, sabarlah sayang, kita pergi raya dulu ye.


Petang:
Pukul 11 am balik kampung, kakak Irah tidur sepanjang perjalanan. Sampai rumah PakNgah kat Pulau Sebang, jumpa dengan mak Busu diorang nak balik Melaka, aku cakap malam nanti kitorang sampai sebab nak pergi rumah Paklong dulu.

Duduk sekejap rumah PakNgah, kemudian pergi rumah Paklong Gemencheh. Kali ni aku pulak yang pandu kereta dengan kelajuan sederhana sebab masa dari rumah mak kat KL tadi kakak Irah dah pesan, jangan pandu laju-laju nanti kita tak raya.

Masa ni ammar pula tidur, dari dalam kereta sampai masukkan dalam buaian lena. Kat rumah Paklong kami kekenyangan, makan itu makan ini, naik kembung dah rasanya.


Malam:
Lepas maghrib pergi rumah mak busu kat Masjit Tanah pula, masih aku yang pandu, kaki hubby belum ok lagi, Ramainya sedara kat ruma makBusu datang beraya, dengan penuh gaya selamba (tahu banyak mata memandang), dukung kakak Irah dan ammar bawa masuk dalam rumah (diorang dah tidur dalam kereta tadi - kepenatan).

Sesungguhnya aku dah memang tak larat, ambil bantal baring atas lantai, cadangnya nak baring sekejap, lena terus… sedar-sedar aku dengar ammar merengek-rengek nak susu, lepas tu sambung tidur balik.

Sehari sebelum RAYA, check up at PPUM

19 SEPTEMBER 2009 (Sabtu)

PAGI:
Kakak Irah tny:
- kita nak pergi mana ibu?
- pergi hospital nak tukar balutan tangan adik.
- ooo… pastu ibu?
- kite baliklah sebab hari ni ibu nak kemas rumah, esok kan nak raya.
- raya? yeye… nak pakai baju cantik.

Sedih aku, tapi macam mana pun akan ku usahakan agar dapat balik kampung beraya walaupun sekejap.


Memandangkan skrg time cuti so appointment aku kena buat kat Trauma & Kecemasan, PPUM, daftar kemudian diorang akan panggil Dr. Margaret. Masa tengah tunggu diorang daftar tu Dr. Margaret datang bising+marah, ada miss communication dengan staff kat situ tapi dia cepat sejuk. Hubby pula tak boleh jalan sangat sebab ‘hamstring’, gara-gara main badminton.

Aku dukung ammar, kakak Irah terkedek-kedek ikut aku. Laju gila doc tu jalan, mungkin sebab dia nak cepat ada patient dah tunggu, kebetulan dia tengah free & nak cpt kut tu yang aku pun turut kena tempiasnya.

Ammar biasalah, nampak je kelibat doc Margaret mula dah merengek tak nak, nak pulak kena baring atas katil kat dalam M.O (Minor OT) tu tapi nak bagi sembuh cepat kenalah buat sebab kami semua nak ammar cepat sembuh.


Gambar anak-anakku selepas selesai 'dressing', posing sementara tunggu babah dorang melepaskan hajat, hahaha.



Kitorang pergi ChowKit beli baju raya - last minute. Plan asal nak pergi malam nanti tapi kebelakangan ni asyik hujan je jadi taknak ambil risiko dan lagipun malas nak buang masa dan minyak, maka kitorang teruskan juga - senang sekali jalan je.

Masuk je KL, dah mula jem (baru pukul 10 am), lagi teruk sepanjang jalan di ChowKit. 3, 4 kali jugalah pusing cari parking paling hampir dengan tempat yang aku nak singgah tu, hubby pun bukan boleh jalan sangat. Akhirnya dapat jugalah baju raya untuk aku. Aku tak suka nak berlama-lama kat situ rasa macam bukan dalam negara sendiri.


RUMAH:
Ada hikmah rupanya tak keluar malam sebab hujan lebat. Aku kat rumah dah keletihan, beg baju pun tak kemas lagi untuk balik kampung. Hubby dok ajak keluar, aku malas nak buka mata. esok nak bangun awal. Aku terlupa malam tu ‘malam pesta’ pasang pelita kat area rumah aku. Rasa rugi pula tak keluar malam, takpelah tunggu tahun depan kalau panjang umur.

Friday, September 18, 2009

Kebenaran balik awal

18 SEPTEMBER 2009 (Jumaat)

Hari terakhir kerja sebelum cuti panjang, bos besar bagi keizinan balik awal.

Tengahari anak-anakku datang office sebab minggu lepas dah janji dengan kakak Irah, baru sekejap datang aku dah pening, diorang tak reti nak duduk diam.

Dapat balik awal pun bukan boleh balik kampung pun, beraya kat sini dulu tapi tahun ni tak berapa nak meriah sebab raya ke3 nanti nak kena pergi PPUM, buat dressing kat tangan ammar. Takpelah dik, tahun depan kita raya sakan ye.

1 syawal (20 September 2009)

tarikh lahir kakak Irah - genap 5 tahun

tengah fikir nak bagi pada dia. Hari tu besday adik dia, dia merajuk sebab untuk dia takde, kakak... kakak... kenalah ikut turn. Sabar ye.

Thursday, September 17, 2009

Picture at PPUM


Bagi pen dan kertas, senyap sekejap, lasak letih dibuatnya tapi sekejap je pun sebab dia ni cepat bosan.


merajuk minta dipujuk.


botol susu tertinggal dalam kereta jadi terpaksa bagi air lain dulu, 2 botol vitagen dah habis sebelum tu.

PPUM lagi

17 SEPTEMBER 2009 (Khamis)

PAGI:
Kami smpai kat Unit Cucian Luka, PPUM pukul 9 am dengan harapan takdelah lama sangat menunggu tapi rupa-rupanya sampai ke tengahari doc belum sampai. Kebetulan memang ramai patient so tak menang tanganlah diorang tapi kes anak aku ni hanya team plastic surgery yang boleh handle, diorang memang takkan usik, Nak tak nak, suka tak suka aku kena tunggu.

Rupa-rupanya ada miss communication antara staf doc & staf kat situ. Ammar sempat muntah 2 kali, kali kedua paling teruk sebab habis baju babah dia dan nasib baik ada bawa baju spare untuk ammar. Hubby pulak yang kesian baju dalam kereta.

Pukul 12.30 pm doc Margaret sampai, lega sikit hati ni, ammar menangis menjerit sampai serak suara masa doc cuci dan tukar balutan baru, dari awal nampak je kelibat doc Margaret terus nangis merengek tak nak, kelakar pun ada. Lepas dah clear, hubby hantar pergi kerja.

Tuesday, September 15, 2009

Lega sekejap

Sebenarnya aku ada 2 pilihan sama ada nak sebelum raya @ selepas raya untuk tarikh operation, yang mana aku memilih 08/09/09 (Selasa). Sebenarnya doc menunggu dari hujung bulan Januari baru 08/09/09 hari tu dapat buat operation sebab ammar kerap batuk & selesema dan bila doc pakar kanak-kanak check dia ada tonsil, tu yang ambil masa lama baru buat operation.

Cuma lepas ni aku kena kerap ulang-alik ke hospital lah jawabnya macam awal tahun dulu, selagi tak kering luka ammar tu selagi tu balutan tangan ammar takkan dibuka.

Esok kena hospital untuk cuci luka dan tukar balutan baru, berdebar-debar nak tunggu esok nak tau lepas tu macam mana, ikutkan pengalaman selang-sehari tapi tak tahulah kali ni macam mana, kalau selang sehari... hurm... dahlah... tak nak fikir buat masa ni.

Bertambah pening dibuatnya... aduiiyyaaaiii...

appointment 4 MQA at PPUM

15 SEPTEMBER 2009 (Selasa)

PAGI
Hantar kakak ke umah pengasuh (pengasuh tengah buat kuih raya, nanti nak minta sikit, hehehe), kemudian ke PPUM Bahagian Unit Cucian Luka, Menara Utama, appointment ammar dengan doctor Margaret.

Sebelum tu aku bagi adik morfin (untuk tahan sakit masa buka balutan tangan dia nanti). Sementara nak tunggu Doc Margaret sebab dia ada kat wad 6U, aku bagi ammar makan roti & air vitagen, lagi baik hati staf nurse kat pusat derma darah tu bagi muffin & gula-gula, lagilah dia suka. Kebetulan masa tu ammar sorang je budak-budak kat laluan depan tu.

Tengah dok leka ammar secara tak sengaja tertendang air vitagen kat tangan hubby, tumpah kena baju aku, yang ta bestnya hilang bau minyak wangi digantikan pewangi baru – vitagen. Ammar2.

Doc Margaret sampai pukul 11 am, si ammar nampak je doc Margaret dah mula merengek-rengek, mula-mula tu ok lagi, bila letak je atas katil terus meraung, pujuk pun tak nak dah - meraung-raung dia.


Ammar sedang di periksa


Lepas doc dah buka balutan kat peha ammar, diorang buka pula balutan kat tangan ammar. Aku tengok reaksi doc Margaret macam tak puas hati dengan keadaan tangan ammar sebab ‘basah’. Nak buat macam mana sebab tangan ammar memang jenis mudah berpeluh tapi takdelah nampak teruk sangat cuma lepas ni kami kena kerap ke hospital untuk rawatan lanjut – tukar balutan tangan ammar tu, ikut pengalaman dulu selang sehari mesti kena tukar tapi tengoklah Khamis ni apa kata doc sebab hujung minggu ni kan dah raya.


Letihlah hari ni, perasaan bercampur-aduk, dahlah nak raya, anak pula macam tu.

Monday, September 14, 2009

Jaya Jusco & buka puasa di umah pengasuh

13 SEPTEMBER 2009 (Ahad)

PAGI:
Lepak je sementara nak tunggu tengahari nak pergi shopping baju raya untuk anak-anak. Sempatlah hubby basuh kereta, repair motor & basikal kakak Irah.


Anak-anakku turut sama sibuk bila babah dorang ‘repair’ basikal, masa ni diorang dah kekenyangan makan.


THARI/PETANG:
Aku hantar anak-anak ke rumah pengasuh, kesian kat kakak irah, menangis nak ikut, sanggup tahan mata tak nak tidur. Hari Jumaat lepas dah minta izin dari pengasuh minta tolong jaga diorang kejap sebab nak pergi shopping. Langkah kanan aku lepas shopping nanti pengasuh ajak buka puasa sekali.


posing nak tunggu waktu berbuka…

Lepas berbuka:
Kenyang, rasa macam tak larat nak balik, penat berjalan kat pyramid petang tadi.

Friday, September 11, 2009

raya?

mood raya belum ada lagi.

BALIK KAMPUNG? tak tahu lagi.

Minggu depan doc nak bukak balutan tangan ammar, nak check, kemudian macam awal tahun dulu, ulang-alik ke PPUM.

Pasal raya tak nak fikir dulu. Fokus kat ammar.

Thursday, September 10, 2009

PPUM

10 SEPTEMBER 2009 (Khamis)


PAGI:
Aku risau balutan atas peha ammar dah mula basah dan terbuka sikit. Lepas hantar kakak, aku dan hubby bawa ammar ke PPUM.

Kitorang terus pergi dekat Unit Cucian Luka, Menara Utama without appointment sebab risau takut ada jangkitan. Dr. Margaret takde so staff nurse kat situ yang tukarkan cuma tukar balutan je barulah aku dapat tengok keadaan peha ammar macam mana. Dalam kepala ni aku bayangkan doc ambil dalam bentuk 4 segi tapi rupa-rupanya dekat antara pelipat peha ammar, kiri dan kanan berjahit. Masa nak tukar balutan tu pun ammar meraung-raung takut, macam manalah minggu depan agaknya, mesti lagi kuat rontaan dia.

Lepas dah settle, aku minta hubby hantar ammar ke umah pengasuh.


Kat Rumah:
Balik kerja, ammar merengek-rengek nak dukung.je.. ammar merengek2 mintak didukung tapi nasib baik malam nak tidur dia dah tak meragam sangat, dapatlah tidur lama sikit.

Wednesday, September 9, 2009

Operation Day

08 SEPTEMBER 2009 (Selasa)

PAGI:
Lepas hantar kakak Irah ke rumah pengasuh baru pergi ke PPUM. Kitorang sampai di Daycare Operation, Tingkat 4, Menara Timur, PPUM pukul 7.45 am, staf nurse kat situ dah tunggu ammar rupanya sebab hanya ammar yang akan di operate, patutlah pun.

Lepas dah tandatangan borang untuk operation tu (hubby yang sign), hubby dan adik kena tukar baju dan temankan adik sampai dalam dewan bedah, aku bagi peluang pada hubby sebab sebelum ni aku dah pernah buat.

8.20 am hubby iring ammar masuk dewan bedah ditemani oleh doctor yang terlibat. Sebelum tu pakar bius dan doctor plastic surgery & burn maklumkan apa yang diorang akan buat selepas hubby keluar. Doctor dalam dewan bedah cakap diorang cuma ‘luruskan’ balik jari tangan ammar je. Aku cakap takkan kot mesti ada miss communication sebab masa tu doc. Margaret takde. Risau pulak aku sebab sepatutnya doc. Margaret yang buat operation tu.

Tak lama lepas tu doc Margaret sampai & say hello to us. Mungkin doc Margaret bagitahu kat doc dalam dewan bedah tu yang sebenarnya nak dibuat kat tangan ammar, baru salah seorang kat dalam tu datang bagithau pada kitorang hal sebenar, rupa-rupanya ada miss communication.

Lama jugalah kitorang tunggu, ingatkan 2 ke 3 jam tapi rupa-rupanya berlarutan sampai pukul 1.15 pm - dekat 5 jam. Ammar keular dari dewan bedah masa aku turun kat lobi nak beli makanan untuk ammar sikit sebab dia kena puasa sejak malam tadi.

Bila ammar nampak je aku lagi kuat dia nangis. Ibu… ibu… rasa sayu je dan kali pertama ammar sebut nama aku dengan betul.

Aku rasa lembik sekejap bila aku tengok peha ammar, dalam hati, takkan banyak sangat doc ambil kulit peha dia tapi doc kata ambil sikit je. Bila diperhatikan balik rupa-rupanya tu balutan untuk cover jangan bagi kena air, kira macam kalis air lah. Syukur lega hatiku sebab sikit je. Aku banyak tanya macam mana nak jaga yang dekat peha ammar tu sebab aku tak boleh bayangkan rupa jahitan kat peha ammar tu.

Ammar merengek-rengek nak susu. bu… cu… bu… cu… Aku bagi dia air masak, banyak juga dia minum. Kemudian ammar dipindahkan dar katil bilik bedah ke katil yang disediakan. Ammar merengek-rengek tak nak baring, menggigil takut pun ye tak selesa pun ye. Lepas dah pakai pampers aku bersila atas katil tidurkan ammar. Sekejap-sekejap merengek, kesian dia.

Kitorang lama kat situ sebab ammar muntah susu jadi kena tunggu lagi, kalau dia masih muntah-muntah kena tahan wad tapi syukur lepas 2 jam ammar ok takde muntah & 4.30 pm doc pakar bius datang sign borang untuk keluar. Lega dan bersyukur semuanya berjalan lancar.

Lepas ambil kakak, terus balik rumah. Kat rumah mula-mula ammar ok baring je, dapatlah aku buat kerja sekejap. Malam masa nak tidur dia dah mula merengek-rengek, sepanjang malam tak cukup tidur, kesian ammar, aku sendiri pun dah tak larat.

Patutnya aku cuti esok tapi sementelah hubby tak kerja ni biarlah dia jaga, esok hubby bawa ammar ke rumah mak diaa, apa-apa hal senang dekat dengan PPUM.

Picture before & after operation


08 SEPTEMBER 2009 (Selasa)

On the way to PPUM

Gambar tangan ammar sebelum operate, dia tak bagi ambil gambar tapak tangan dia.

Inilah dia muka baru bangun tidur, staff nurse di situ ajak gurau pun dia buat tak layan je.

Tengah pujuk nak tukarkan baju

Dah siap pakai baju dan standby nak masuk ke dalam dewan bedah

Dekat 5 jam tunggu.
Akhirnya:
Ammar merengek-rengek taknak baring nak dukung, puas jugalah nak memujuknya

Tangan ammar dah siap berbalut

Kesan ubat bius, masih mengantuk

Ammar dah bangun dan tengah tunggu doctor datang tengok pastu baru boleh balik


Wednesday, September 2, 2009

Pasal nak raya

02 SEPTEMBER 2009 (Rabu)

Pening… pening… nak raya tapi persiapan raya tak buat lagi. Nak buat macam mana? MQA nak kena operate minggu depan, 2 minggu sebelum raya. Rasa berdebar-debar ni, risau sebab bulan 8 hari tu cancel.

Moga dia sihat sehingga hari dia nak operate nanti.
Amin.

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...